Jika di imbas zaman kanak-kanak, ramai diantara kita mempunyai cita-cita untuk menjadi manusia luar biasa, manusian yang boleh terbang, kuat dan mempunyai banyak kelebihan dari yang lain. Ketika melintasi sebuah kedai di gedung membeli-belah, terdengar rengekan anak kecil yang inginkan sehelai baju. “Mak… nak beli baju spiderman” rengek si anak kepada ibunya. Saya tersenyum mendengar [...]
Kita meminta kepada Allah agar diberi setangkai bunga yang indah tetapi kaktus berduri yang kita lihat… kita meminta kepada Allah seekor kupu-kupu tetapi ulat yang diberi… kita kecewa namun setelah itu rupanya, kaktus berbunga indah… ulat menjadi kupu-kupu yang cantik berseri. Inilah jalan Allah, indah pada waktunya. Dia yang Maha Tahu apa yang terbaik untuk [...]
Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang, rahmat Allah sentiasa mendahului kemurkaanNya, Allah itu maha pengampun. Saya yakin kita semua tahu akan hal ini dan kita semua faham duduk perkara ini dalam kehidupan kita cuma mungkin kita ambil ringan mengenainya kerana kita duduk dalam zon yang selesa. Kita mungkin merasa kita sudah mempunyai segalanya dan [...]
Kadang-kadang apabila kita mendapat sesuatu yang kita suka, kita menyangka ianya bakal menjadi kepunyaan kita buat selamanya. Kadang-kadang kita berfikiran tiada apa yang mampu menukar perancangan kita kerana ianya sudah kita rancang dengan teliti. Malangnya kita lupa bahawa hidup ini seperti roda yang sentiasa berputar tanpa mengira waktu rehatnya. Putarannya sentiasa berlaku biarpun kita cuba [...]
Mungkin jarang orang bertanya kepada para ibubapa sebagaimana pertanyaan di atas kerana kita mungkin kerana sudah terpatri bahawa ibubapa sememangnya ikhlas dalam membesarkan anak-anak. Kita sendiri mungkin tidak pernah bertanyakan hal ini sendiri kerana kita sudah mengandaikan keikhlasan terhadap anak-anak kita. Saya dahulunya agak tergamam apabila ditanya soalan yang sama oleh abang angkat saya ketika [...]
Jika sudah namanya manusia, pasti kita akan mengalami pelbagai bentuk kesakitan. Biar siapapun dia, biar apapun pangkatnya, kesakitan akan datang kerana kesakitan tidak pernah kenal pangkat dan harta mahupun ilmu yang tinggi. Kadangkala ada diantara masyarakat kita yang saya katakan tidak memahami akan keadaan ini apabila mereka mempersoalkan mengapa si polan yang begitu alim juga [...]
Biar siapa pun kita… Biar setinggi mana pun ilmu kita… Biar sekaya mana pun kita…
Satu hal yang pasti… kita tidak akan mampu membohongi Allah swt walau sesaat sekali pun.
Niat memainkan peranan yang penting dalam sesuatu perlakuan. Tanpa niat perlakuan tidak akan timbul. Biar apa pun perlakuan kita namun sedar atau tidak sedar ianya telah diawali [...]
Setiap hari setiap ketika kita dihidangkan dengan pelbagai kejadian untuk dialami samada ianya memberi kesan terhadap hidup kita ataupun tidak. Setiap kejadian itu juga merupakan satu pengalaman untuk kita dan ianya bergantung kepada kita samada untuk mengambil pengajaran dari setiap pengalaman yang kita alami atau membiarkan sahaja ianya menjadi satu episod hidup.
Seorang yang sedang berhadapan [...]
Semua orang dikurniakan mulut yang begitu banyak kegunaannya dan antara kegunaannya yang sering kita pakai adalah untuk bercakap. Kita bercakap hari-hari dengan menggunakan mulut kecuali bagi mereka yang terpaksa menggunakan bahasa isyarat. Mungkin boleh saya katakan tiada hari tanpa percakapan, kalau kita tidak bercakap dengan orang kita mungkin bercakap dengan haiwan atau pokok atau setidak-tidaknya [...]
Bertahun lamanya saya mengajar program soul power. Dari titik awal latihan diadakan pelbagai fitnah dan tohmahan yang dilemparkan hanya kerana ianya kelihatan seperti sesuatu yang baru. Biar apapun kata di luar sana, perjuangan perlu diteruskan demi memperlihatkan kepada lautan manusia betapa Allah swt maha mencintai. Ramai juga melabelkan saya sebagai orang bodoh kerana dari menukar [...]



